Negeri-Negeri Melayu Bersukutu
&
Tidak Bersekutu
Pengenalan
Negeri-negeri Melayu Bersekutu
merupakan gabungan 4 buah negeri di Tanah Melayu iaitu Perak, Negeri sembilan,
Selangor dan Pahang yang telah disatukan dalam satu pentadbiran berpusat.
Pentadbiran ini juga dikenali sebagai Persekutuan 1896.
Idea awal penubuhan
persekutuan ini telah dikemukakan oleh Sir Frederick Weld. Walaupun idea
ini ditolak namun terus diusulkan sehinggalah Frank Swettenham berjaya mendapat
persetujuan daripada keempat-empat sultan untuk menerima pembentukan
persekutuan ini.
Idea penubuhan persekutuan dikemukakan oleh Frank
Swettenham pada tahun 1892 kepada Gabenor Negeri-negeri Selat, Cecil Smith. Pada tahun 1893, Cecil Smith menghantar laporan
kepada Pejabat Tanah Jajahan mencadangkan penubuhan persekutuan yang terdiri
daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Dalam laporan itu, beliau
menegaskan penubuhan persekutuan akan menguntungkan British dan negeri tersebut
dari segi politik, ekonomi dan sosial.
Frank Swettenham mengambil inisiatif dengan
mendapatkan persetujuan Sultan Perak, Selangor, Pahang dan Yang Dipertuan Besar
Negeri Sembilan terhadap penubuhan persekutuan. Pada 1 Julai 1895, Sultan
tersebut menandatangani perjanjian persekutuan. Pada 1 Julai 1896,
Negeri-negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan semasa Sir Charles Mitchell menjadi
Gabenor Negeri-negeri Selat.
Negeri-negeri Melayu Bersekutu mempunyai benderanya yang tersendiri
sehinggalah tahun 1946. Bendera itu mempunyai empat jalur yang terdiri daripada
empat warna berbeza; mengikut turutan daripada atas ke bawah iaitu putih,
merah, kuning, dan hitam. Gabungan mana-mana warna terbabit dapat membentuk
warna untuk negeri-negeri terlibat; merah, hitam dan kuning untuk Negeri
Sembilan; putih dan hitam untuk Pahang; hitam, putih dan kuning untuk Perak;
dan merah dan kuning untuk Selangor.
Faktor-faktor Penubuhan
NNMB
1. Kedudukan Negeri Pahang
- Pada
mulanya Inggeris berkeyakinan bahawa Pahang mempunyai potensi yang
baik dari segi ekonomi. Setelah memperkenalkan sistem residen pada tahun 1888
di Pahang , Inggeris mengalami krisis kewangan sejak tahun 1890-an.
- Pada tahun 1892 Pahang terpaksa membuat pinjaman kepada negeri-negeri Selat. Keadaan bertambah buruk apabila berlaku pemberontakan Pahang oleh Dato Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau untuk menentang Inggeris yang mernambahkan lagi beban kewangan Pahang.
- Dalam keadaan terdesak, Kerajaan Inggeris perlu membuat keputusan sama ada hendak mengundurkan diri dari pahang atau sebaliknya. Demi memelihara maruah dan maartabat Inggeris , Pahang perlu dipertahankan melalui cadangan pembentukan persekutuan untuk mengatasi masalah kewangan negeri ini.
2. Kawalan Kuasa residen
- Di bawah Sistem residen, Residen menjadi terlalu berkuasa di negeri-negeri masing-masing. Sultan hanya simbol semata-mata dan bertindak sebagai pemerintah boneka. Kesukaran sistem perhubungan menjadikan Residen semakin berani menguatkan kuasa mereka. Kuasa Residen yang keterlaluan boleh menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pembesar-pembesar Melayu.
- Justeru, Frank swettenham mengesyorkan supaya jawatan Residen Jeneral diwujudkan bagi menyelaraskan tugas keempat-empat buah negeri Melayu di bawah Sistem Residen
3. Kecekapan dan keseragaman pentadbiran
- Di bawah pemerintahan Sistem Residen, pentadbiran kempat-empat buah negeri diasingkan dan ditadbirkan oleh empat orang residen yang berlainan.Hasilnya wujud ketidakseragaman pentadbiran di Negeri-negeri di Tanah Melayu. Residen menumpukan perhatian di negeri-negeri masing-masing.
- Frank Swettenham mencadangkan penyatuan Negeri-negeri Melayu bagi mengatasi ketidakseragaman pentadbiran. Melalui pembentukan persekutuan, Inggeris dapat menambahkan kecekapan pentadbiran serta dapat memajukan pembangunan sosioekonomi secara menyeluruh dan bersepadu di keempat-empat buah negeri
- Pembentukan persekutuan ini juga diharapkan mewujudkan keseragaman pentadbiran, kerjasama antara negeri untuk memajukan sistem pengangkutan yang pastinya menguntungkan Inggeris kerana memudahkan usaha membawa hasil ekonomi ke pelabuhan untuk dieksport.
4. Faktor keselamatan
- Pihak Inggeris menyedari bahawa Persekutuan adalah perlu bagi membentuk satu pasukan tentera bersama melindungi Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat. Sebelum ini kekacauan yang berlaku di Tanah Melayu ditangani dengan terpaksa mendapatkan bantuan dari Singapura, Hong Kong dan India.
- Melalui pembentukan persekutuan, kekuatan angkatan tentera dapat diwujudkan dengan adanya gabungan keempat-empat buah negeri. Dengan memiliki angkatan tentera yang besar dan kuat, Inggeris bertambah yakin untuk mengatasi sebarang kemungkinan berkaitan kekacauan di Negeri-negeri Melayu tanpa bantuan dari negara luar.
5. Faktor ekonomi
- Kegagalam Sistem Residen memajukan dan mempelbagaikan sumber ekonomi di sesebuah negeri telah memberi peluang yang lebih luas kepada orang-orang Cina untuk mengeksploitasi kekayaan ekonomi di Negeri-negeri Melayu. Justeru, perlaksanaan Sistem Residen lebih menguntungkan orang Cina berbanding orang Inggeris.
- Bertitik tolak daripada pengalaman tersebut, maka pembentukan sebuah persekutuan amat penting bagi mewujudkan keseimbangan kemajuan ekonomi dan menarik kehadiran pelabur-pelabur Eropah ke Negeri-Negeri Melayu. Kemasukan pelabur Eropah secara beramai-ramai dijangka akan mempercepatkan pertumbuhan dan kemajuan ekonomi secara berskala besar.
6. Memperluaskan Sistem perhubungan
- Di setiap negeri, Residen, membina jalan raya dan keretapi untuk negerinya sahaja. Tiada usaha untuk menghubungkan jalan raya dan jalan keretapi di antara keempat-empat buah negeri itu. Lantaran itu adalah sukar bagi residen membincangkan perkara-perkara penting antara satu sama lain.
- Oleh itu dengan penubuhan persekutuan, sistem perhubungan dapat dimajukan antara Negeri-negeri Melayu bagi memudahkan usaha-usaha menyelaras sistem pengurusan di negeri-negeri tersebut.
7. Dasar Kerajaan Inggeris
- Pada akhir abad ke-19, Inggeris mula menggalakkan penyatuan terhadap negeri-negeri yang terletak di bawah perlindungannya. Pembentukan sebuah persekutuan didiorong oleh hasrat dan dasar Inggeris yang ingin menyatukan negeri-negeri kecil di tanah jajahan mereka. Matlamatnya ialah untuk memudahkan usaha mengeksploitasi sumber kekayaan negeri agar ianya dapat dikumpulkan dan diagihkan secara sama rata bagi faedah semua.
- Selain itu, usaha penyatuan memperlihatkan dasar Inggeris yang cuba mengurangkan kos pentadbiran, mewujudkan kestabilan ekonomi dan menambahkan kecekapan dalam pemerintahannya. Ini menjadi dasar Inggeris untuk memperlihatkan kejayaan perlaksanaan dasar ini di tanah jajahannya di Australia, Afrika selatan, Amerika Utara dan Kanada
Syarat-syarat perjanjian persekutuan
1.
Perak, Pahang Selangor dan Negeri Sembilan digabungkan sebagai
persekutuan yang dikenali sebagai “Ngeri-negeri Melayu Bersekutu”. Persekutuan
menjadi negeri lindungan British di mana hal ehwalnya dikuasai oleh British.
2.
Perjanjian ini mengesahkan semua perjanjian yang ditandatangani di
antara keempat-empat negeri itu.
3.
Kuasa Sultan hanya terhad ke atas negeri tersebut. Sultan tidak boleh
mengadakan hubungan dengan kuasa lain tanpa kebenaran British.
4.
Persekutuan diketuai oleh Residen Jeneral.
5.
Gabenor Negeri-negeri Selat dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi
Persekutuan.
6.
Residen akan menjalankan pentadbiran mengikut arahan kerajaan pusat.
7.
Beberapa jabatan persekutuan akan ditubuhkan.
8.
Kuala Lumpur menjadi ibu negeri.
9.
Negeri-negeri Melayu Bersekutu akan menubuhkan pasukan tentera untuk
menjaga keamanan persekutuan dan Negeri-negeri Selat jika diperlukan.
10.
Kerjasama antara negeri akan dijalankan dalam politik, ekonomi dan
sosial.
11.
Majlis Mesyuarat Negeri diberi kuasa meluluskan undang-undang tetapi
digubal oleh pegawai persekutuan yang dikenali sebagai Penasihat Undang-undang.
12.
Majlis Mesyuarat Raja-raja akan ditubuhkan.
13.
Majlis Mesyuarat Persekutuan yang menjadi badan pentadbiran
Negeri-negeri Melayu Bersekutu akan ditubuhkan.
14.
Tiada syarat dalam perjanjian ini yang bertujuan mengurangkan kekuasaan
dan kewibawaan Sultan.
Kesan-kesan
1.
Politik
Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu berjaya
mewujudkan keseragaman dan kecekapan pentadbiran di seluruh persekutuan.
Keamanan dan peraturan yang stabil dan menyeluruh berjaya diwujudkan di seluruh
persekutuan. Perkara yang berkaitan dengan persekutuan seperti sistem
pentadbiran, cukai, keadilan, Undang-undang Tanah dapat disatu dan diselaraskan
kerana semua urusan pentadbiran dijalankan atas arahan kerajaan pusat,
khususnya arahan Residen Jeneral yang mengenai persekutan. Bagi memudahkan pentadbiran,
beberapa jabatan seperti kewangan, polism kastam, perhutanan, hal-ehwal orang
Cina, kerja raya, keretapi ditubuhkan. Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu
menyebabkan Residen Jeneral muncul sebagai orang paling berkuasa dalam
persekutuan kerana semua urusan pentadbiran dijalankan atas arahannya. Sultan,
Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri tidak dapat mengawal kuasanya. Mereka
tertakluk di bawah arahan Residen Jeneral dalam menjalankan pentadbiran negeri.
Gabenor Negeri-negeri Selat yang dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi
Persekutuan juga tidak dapat mengawal kuasa Residen Jeneral kerana beliau
berada di Singapura untuk mentadbir Negeri-negeri Selat. Selain itu, sudah
menjadi kecenderungan Residen Jeneral menjalankan pentadbiran tanpa merujuk kepada
Pesuruhjaya Tinggi. Majlis Mesyuarat Persekutuan yang diharap mengawal kuasa
Residen Jeneral tidak ditubuhkan sehingga tahun 1909.
Penubuhan persekutuan juga menyebabkan Sultan,
Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri kehilangan kuasa. Mereka tertakluk di bawah
arahan Residen Jeneral dalam menjalankan pentadbiran. Kuasa Sultan hanya dalam
hal-ehwal agama Islam dan adat resam Melayu. Residen tidak lagi bebas
menjalankan pentadbiran negeri kerana mereka tertakluk di bawah arahan Residen
Jeneral. Majlis Mesyuarat Negeri kehilangan fungsi sebagai institusi
pentadbiran. Majlis Mesyuarat Negeri diberi kuasa meluluskan undang-undang
tetapi undang-undang digubal oleh Pegawai Persekutuan yang dikenali sebagai
Penasihat Undang-undang. Majlis Mesyuarat Negeri tiada kuasa pembatal dan
terpaksa meluluskan undang-undang yang dipersetujui.
Penubuhan Jabatan Persekutuan telah menyebabkan
lebih ramai Pegawai British yang diambil tugas. Keadaan ini menunjukkan
seolah-olah Negeri-negeri Melayu Bersekutu ditadbir secara langsung oleh
British. Pemusatan kuasa yang keterlaluan telah menimbulkan bantahan Sultan,
contohnya, dalam Majlis Mesyuarat Raja-raja Kedua di Kuala Lumpur pada tahun
1903, Sultan Idris (Perak) telah mengecam hebat pemusatan kuasa dan mendesak
diambil langkah melaksanakan desentralisasi (pengagihan kuasa) bagi
mengembalikan kuasa Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri. Sultan Idris
juga mendesak lebih ramai orang Melayu dilantik dalam jabatan persekutuan.
Penubuhan persekutuan membolehkan Sultan Perak, Selangor, Pahang dan Yang
Dipertuan Besar Negeri Sembilan bertemu dan berbincang bersama-sama kepentingan
bersama dalam Majlis Mesyuarat Raja-raja sejak tahun 1897 dan Majlis Mesyuarat
Persekutuan sejak 1909.
2.
Ekonomi
Perkembangan ekonomi yang pesat di Negeri-negeri
Melayu Bersekutu dan kestabilan politik telah membawa kepada kestabilan
ekonomi. Keseragaman dan kecekapan, keamanan dan keaturan serta pentadbiran
yang berkesan telah menyebabkan lebihan hasil dan hasil persekutuan dapat
digunakan oleh semua negeri dalam semua gabungannya. Keadaan politik dan
peluang-peluang ekonomi telah menggalakkan pelabur-pelabur dari Negeri-negeri
Melayu atau Seberang Laut untuk melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi,
khususnya bijih timah dan getah. Kedatangan mereka telah menyebabkan berlakunya
pertambahan hasil di Negeri-negeri Melayu Bersekutu, contohnya hasil
Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada 1896 berjumlah $8.5 juta telah meningkat
kepada $24 juta pada tahun 1909. Pembinaan sistem jalan raya dan jalan keretapi
terutamanya yang menghubungkan negeri telah memajukan lagi kegiatan ekonomi
Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1904, sudah terdapat jalan raya
sepanjang 2400 km dan jalan keratapi sepanjang 340 batu. Pada tahun 1903,
terdapat jalan keretapi dari Perai ke Seremban dan disambungkan ke Johor Bahru
pada tahun 1909.
Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah
memajukan perusahaan bijih timah dan getah. Buktinya pada tahun 1889 eksport
bijih timah Perak, Pahang Selangor dan Negeri Sembilan berjumlah 20000 tan.
Pada tahun 1904, eksport bijih timah persekutuan ialah 70000 tan. Selepas
penubuhan persekutuan, orang-orang Eropah mula mengambil alih penguasaan ke
atas perlombongan-perlombongan bijih timah yang dikuasai oleh orang-orang Cina.
Begitu juga dengan perusahaan getah yang semakin berkembang selepas penubuhan
Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1897, hanya terdapat 345 ekar, 1905
– 50 ribu ekar dan 1909 meningkat kepada 200 ribu ekar yang ditanami getah.
3.
Sosial
Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah
berjaya mewujudkan keamanan dan peraturan. Jaminan keselamatan dan persamaan
hak di sisi undang-undang telah menggalakkan imigran Cina dan India,
lebih-lebih lagi terdapat peluang dalam perkhidmatan persekutuan dan
perkembangan bijih timah. Kedatangan imigran telah menyebabkan pertambahan
penduduk di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Selain itu, kedatangan imigran juga
mewujudkan masyarakat majmuk. Orang-orang Cina dan India adalah masyarakat yang
berasingan dan tidak dapat mengasimilasikan diri dalam masyarakat Melayu.
Penubuhan pesekutuan menyebabkan perutmbuhan dan perkembangan bandar-bandar
seperti Taiping, Kuala Lumpur, Kelang dan lain-lain lagi.
Selain itu, terdapat pelbagai kemudahan sosial
seperti perhubungan, kesihatan, pelajaran dan lain-lain. Walau bagaimanapun,
kemudahan sosial itu mempunyai kepentingan ekonomi kerana ia disediakan di
kawasan yang mempunyai kegiatan ekonomi. Pada tahun 1909, terdapat 52 buah
klinik di persekutuan dan 1904 kemudahan perhubungan diadakan (2400 km jalan
raya dan 340 batu jalan keretapi). Dalam bidang pelajaran, banyak
sekolah-sekolah didirikan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1907,
terdapat 266 buah sekolah Melayu, 1903 terdapat 15 buah sekolah Tamil dan 1911,
50 buah sekolah Cina. Selain itu, terdapat sekolah Inggeris yang didirikan oleh
kerajaan dan mubaligh. Pada tahun 1905, Maktab Melayu Kuala Kangsar dibina khas
untuk anak-anak golongan bangsawan. Pada tahun itu, kerajaan membina maktab
teknik di Kuala Lumpur untuk menyediakan tenaga mahir bagi Jabatan Kerja Raya
dan keretapi.
DURBAR
1.
Pada tahun 1897, DURBAR (Persidangan Rajaja Melayu) yang pertama
diadakan di Kuala Kangsar kerana British menghormati Sultan Idris Syah.
2.
DURBAR ialah persidangan di antara Pesurahjaya Tinggi, Residen Jeneral,
Residen dan Raja-raja Melayu.
3.
Persidangan ini diadakan untuk membincangkan kepentingan bersama.
4.
DURBAR ialah permulaan kepada institusi yang kini dikenali sebagai
Majlis Raja-raja Melayu.
5.
Fungsi utama DURBAR:
a)
Mewujudkan kerjasama dan perpaduan di antara keempat-empat negeri
Melayu.
b)
b.Membolehkan Raja-raja Melayu menasihati kerajaan persekutuan.
6.
DURBAR tidak ada kuasa untuk menggubal undang-undang.
7.
DURBAR yang kedua diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1903.
8.
DURBAR dimansuhkan apabila Majlis Mesyuarat Persekutuan ditubuhkan
tetapi wujud semula pada tahun 1927.
9.
1930, DURBAR diadakan di Singapura dan dihadiri oleh 9 orang Raja.
Majlis Mesyuarat
Persekutuan
Keanggotaan dan Sistem Majlis Mesyuarat Persekutuan adalah seperti yang
berikut:
1.
Pesurujaya Tinggi British merangkap Gabenor NNS sebagai presiden yang
beribu pejabat di Singapura.
2.
Residen Jeneral bertanggungjawab terus kepada Pesuruhjaya Tinggi.
3.
Empat orang raja Melayu negeri terbabit
4.
Empat orang Residen British.
5.
Empat orang ahli tidak rasmi yang mewakili golongan peniaga.
Majlis Mesyuarat Persekutuan yang pertama diadakan pada 11 Desember
1909.Penubuhan majlis ini sebenarnya telah menimbulkan lebik banyak kesan buruk
seperti yang berikut:
i.
Tidak ada langsung wakil dalam kalangan masyarakat tempatan (iaitu orang
Melayu) di majlis ini dan situasi tersebut menghilangkan sama sekali hak orang
Melayu dalam pentadbiran negara. Raja-raja yang menjadi wakil orang Melayu pula
tidak berperanan langsung dalam pentadbiran.
ii.
Kuasa sultan dalam majlis ini menjadi lebih merosot lagi.Hal ini
kerana,taraf raja dalam majlis ini hanyalah sebagai ahli biasa. Mereka tidak
ada hak untuk membuat sebarang keputusan. Mesyuarat majlis pula boleh diadakan
tanpa kehadiran mereka.
iii.
Pesuruhjaya Tinggi kini mempunyai kuasa yang tertinggi dalam hal ehwal
pentadbiran dan bukan lagi sulatan.Pesuruhjaya Tinggi berhak melantik dan
memberhentikan ahli tidak rasmi mengikut budi bicaranya.
Negeri-negeri Melayu
Tidak Bersekutu
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu ialah
sekumpulan lima buah Negeri-Negeri Melayu. Negeri-negeri itu ialah Perlis,
Kedah, Kelantan,Terengganu dan Johor.
Gabungan ini terbentuk pada tahun 1909 apabila
British dan Siam menandatangani Perjanjian Bangkok.Mengikut perjanjian ini,
empat buah negeri yang sebelum ini terletak di bawah naungan kuasa Siam, iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan
Terengganu akan diserahkan kepada British. Dengan penyerahan ini, Penasihat
British telah diletakkan di setiap negeri tersebut.
Pada Tahun 1914, Johor telah menandatangani satu
perjanjian dengan pihak British bagi menerima khidmat Penasihat British dan
menjadi sebuah Negeri Melayu Tidak Bersekutu.
Bahasa rasmi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
ialah Bahasa Melayu dengan Tulisan Jawi sebagai tulisan rasmi.
Berbanding NNMB, raja Melayu di NNMTB mempunyai
kuasa yang lebih besar kerana kuasa Penasihat British tidaklah seluas kuasa
Residen di NNMB. Pentadbiran NNMTB yang berasingan dengan NNMB berterusan
sehingga Perang Dunia Kedua meletus. British didapati gagal untuk menggabungkan
NNMTB dengan NNMB kerana mendapat tentangan hebat daripada raja-raja Melayu di
NNMTB.
Kesemua negeri ini kemudiannya menyertai Malayan
Union dan sekarang merupakan sebahagian daripada Malaysia.
Kesimpulan
Campur tangan British secara langsung di negeri-negeri Melayu telah
mengakibatkan sistem politik dan ekonomi tempatan mengalami perubahan
yang ketara.Tujuan utama British campur tangan di Tanah Melayu ialah untuk
menguasai sumber ekonomi .
Walau bagaimanapun campur tangan Barat menimbulkan rasa tidak puas hati
penduduk tempatan terutama golongan pemerintah yang kehilangan hak dan
kepentingan di Tanah Melayu
Sepanjang
perlaksanaannya,persekutuan ini telah meninggalkan pelbagai kesan dalam
politik, ekonomi dan sosial. Penubuhan Persekutuan 1896 merupakan langkah awal
ke arah penyatuan negeri-negeri Melayu
isi sudah ok tapi bahagian nnmtb sedikit sangat
BalasPadamlawak ke
Padambetul tu saya nak tau gabenor nnmtb tidak adakah
PadamTq useful for my kerja khursus
BalasPadamNot fully enough
BalasPadamSaya nak tahu tentang kesan perkembangan ekonomi di NNMB sehingga hari ini
BalasPadamGood
BalasPadamThanks tolong Untuk kerja Kurdish
BalasPadamok lah
BalasPadamnama sebenar penulis siapa ???
BalasPadamhalijah kot
PadamBaik
BalasPadamkenape NNMTB dan NNMTB cuba digabungkan tetapi gagal?
BalasPadamSebab Tantangan raja raja melayu pada waktu itu sangat hebat
PadamMegapakah nnmtb dibentuk?
BalasPadamSaya mahu belaja
BalasPadamSaya mahu kesan penubuhan NNMTB teks ni ada NNMB sahaja
BalasPadamsaya mahu cari amalan pentadbiran tetepi ini sahaja yg direcomended,tapi still takde..so,its not very helpfull
BalasPadamI didn't get know the negeri bersekutu so is x very helpful 🙄😒
BalasPadamSo..... sry
Kau bodo
PadamMembantu la jgak😅
BalasPadamTerima kasih... penerangan yang sangat jelas dan amat membantu saya dan anak anak....
BalasPadamApe perbezaan antara kelantan ngan terengganu
BalasPadamkelantan budu terengganu kopok lekor bosss hahahahha
Padamthanks for the conclusion
BalasPadamJelaskan peranan sultan di negeri-negeri tersebut
BalasPadamBoleh saya tahu, iktibar daripada pembentukan negeri-negeri Melayu tidak bersekutu............
BalasPadamTq untuk semua nie
BalasPadamWynn Las Vegas announces 2022 opening date
BalasPadamWynn 부산광역 출장샵 Las Vegas 전라북도 출장마사지 is pleased to announce 인천광역 출장안마 the opening 영천 출장샵 of the anticipated 2022 opening of the Encore Beach Club. It was announced as the Aug 논산 출장샵 15, 2022 - Feb 16, 2022Wynn Las Vegas